MPIP...IPIP...And Now IPGM Kampus Ipoh..


Sabtu

10 Oktober 2009

08.56 a.m.


Sepintas Lalu Kenangan Di MPIP@IPIP@IPGM IPOH



Kalau di tanya batch mana yang pernah berada dalam 3 zaman yang berbeza dalam institut ini tentulah adalah "first batch" dgree iaitu batch aku...merungkai sejarah lalu...batch aku merupakan projek rintis yang dijalankan oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menghasilkan guru siswazah di sekolah rendah bagi mencapai objektif KPM untuk memastikan pada 2010 semua guru di sekolah rendah diseluruh Malaysia adalah guru berijazah sarjana muda...

So0..di bawah akanku coretkan serba sedikit tentang apa yang berlaku dalam 3 era tersebut :

- Era Maktab Perguruan Ipoh Perak -

Mmm pada era ini tempat yang aku study masih bergelar "maktab"...Dalam era tersebut maktab amat popular dikalangan individu yang ingin terjun dalam bidang keguruan ini...sebuat sahaja maktab orang akan kata "o0ooo jadi cikgu la ye"...semasa di awal pendaftaran ku di tempat tersebut...aku merasakan seperti berada di sekolah semula...aku ingat bile dah habis sekolah x kan masuk sekolah dah...huhuhuu..

Pertama kali menjejakkan kaki di MPIP aku dapati suasananya biasa sahaja...tiada apa yang menarik...pada era itu seniorku di MPIP adalah batch KDPM yang terakhir...seminggu aku di orentasi...dan selepas baru aku mendapat gambaran sebenar pembelajaran di sini..

- Sejarah MPIP -
(ikut persepsi aku sendiri)

* kemudahan di tahap biasa
* kelas seperti kelas sekolah
* kemudahan asrama sebijik mcm asrama sekolh
* asrama junior tidak sama ngn senior..diasingkan
* pensyarah sedikit...tapi boleh je ajar kitaorang sampai abis sukatan pelajaran
* tiada kemudahan wireless
* tiada LCD just guna projektor biasa mcm kat sekolah kat makmal sains


- Era Institut Perguruan Ipoh Perak -

Untuk era ini...sebenarnya tiada apa yang menarik..just tukar istilah "maktab" kepada "institut"...alasannya untuk naik taraf maktab kerana maktab sudah ada student berijazah...pada zaman ini agak berterabur sistem pentadbiran n pengurusannya...ini adalah disebabkab penaikan taraf IP Ipoh...namun semua itu tidak menghalang aku untuk meneruskan pengajianku di sini...dan bukan alasanku untuk turut sama "berterabur" hahaha..


- Sejarah IPIP -
(ikut persepsi aku sendiri)

* kemudahan di tahap biasa berubah kepada tahap baik
* kuliah still seperti kelas sekolah
* kemudahan asrama dah up sikit kemudahannya
* asrama junior dah campur dengan senior..baru la muhibbah sikit
* pensyarah semakin ramai...ok la
* tiada kemudahan wireless
* sudah ada LCD tapi penggunaan terhad

p/s : ok la de jugak perubahan...


- Era Institut Pendidikan Guru Malaysia -

Wah..era ini memang banyak perubahan..dan sampai sekarang still de perubahan yang berterusan...mmm apa yang boleh aku katakan era ini adalah zaman "Pra Kegemilangan" bagi tempat aku blaja ni..banyak perubahan yang positif yang berlaku...walaupon org lain kate xde perubahan...tp bagi aku yang dah lalui 2 era lain sebelum ini...tentulah banyak perubahan yang aku lalui...di sini aku senaraikan perubahan yang ketara yang aku dapati pada era IPGM ini...


- Sejarah IPGM -
(ikut persepsi aku sendiri)

* kemudahan di tahap yang lebih memuaskan
* kuliah lebih bersistematik
* Asrama di upgrade jd kolej kediaman
* pensyarah terlalu ramai...
* Kemudahan wireless sudah ada..siap wireless satu kampus lg
* Penggunaan LCD semakin luas..setiap kelas untuk kuliah sudah ada LCD...

p/s : Alhamdulilah

So0o...secara konklusinya...banyak perubahan yang aku lalui semasa aku menjalani pengajian di sini...dari era MPIP ke era IPIP sehinggalah era IPGM Kampus Ipoh..alhamdulilah aku rasa sangat beruntung sebab aku dapat merasakan era perubahan itu..pengalaman yang mungkin akan aku jadikan pengalaman yang terindah dalam hidup..

p/s : Kepada juni0r2 ku yang merungut pasal IPGM Kampus IPoh..cube la renung2kan coretanku ini...






0 ulasan:

Catat Ulasan