Panggilan Pulau



Ahad

11 Oktober 2009

05.24 p.m.


-Bidalan Melayu Klasik-


"Benih yang baik jika jatuh ke laut akan menjadi pulau"







Sungguh simbolik bidalan ini...bila kuamati ku dapati ada maksud tersirat di sebalik bidalan tersebut...tapi apa kaitannya dengan proses penempatan batch OUM?...mmm terlalu banyak yang boleh dikaitkan..


Posting....istilah yang amat digeruni oleh batch aku sekarang...dengar sahaja semua memikir...fikir dan terus berfikir...banyak persoalan timbul apabila disebut berkaitan dengan posting...


Kat mana la aku dipostingkan?

Macam mana la tempat yang aku bakal dipostingkan? Ok ke tak? Kemudahan macam mane?...ok ke tak?
Pedalaman sangat ke?
Naik sampan ke?
Redah sungai ke?
Panjat bukit ker?
Panjat gunung ker?
Ahhh....sungguh banyak persoalan yang timbul....huhuhu


Kalau hendak difikirkan semua ini..aku rasa makan pun tidak lalu..mandi tak basah..tidur tak lena...dah macam orang bercinta...tapi bile difikirkan dengan rasionalnya...itu semua memang perlu kuhadapi..kerana aku sudah bersedia untuk menghadapi situasi tersebut...walau dimanaku berada kutetap perlu berjuang...walau ada rintangan dan halangan...semua itu kujadikan semangat...semangat untuk berjuang dan berjihad...berjihad untuk memikul tugas yang sudah tergalas dibahuku...semoga aku menjadi seorang guru biasa yang mampu melahirkan pelajar yang luar biasa...

Bersesuaian dengan bidalan di atas...walau dimana ku akan dipostingkan...aku tetap akan meneruskan perjuanganku...melaksanakan amanah yang dipertanggungjwabkan kepadaku...kerana dipenghujungnya nanti akan membuahkan hasil yang akan kekal di dunia dan di akhirat...


Amin

0 ulasan:

Catat Ulasan