Dicatat oleh
Mohd Noor Idham Bin Musa
at
Isnin, 12 Oktober 2009
Isnin
12 Oktober 2009
11.47 p.m.
-Renungan Kepada Bakal Guru-
Ikuti kisah ini...aku terbaca nota di laman facebook sahabatku..cerita yang penuh dengan mesej kepada semua bakal guru...sila ambil iktibar pengajaran melalui mesej yang ingin disampaikan...
-Cerita-
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu. p/s : Subhanallah...sungguh syahdu kisah ini...di harap dapat dijadikan pedoman bersama2
Dicatat oleh
Mohd Noor Idham Bin Musa
at
Isnin
12 Oktober 2009
03.20 p.m.
-Prolog Kehidupanku-
Alhamdulillah...hari ini aku dapt menempuh hidupku dengan sebaik mungkin...Amin
Dicatat oleh
Mohd Noor Idham Bin Musa
at
Isnin
12 Oktober 2009
03.07 p.m.
-Renungan Bersama-
Dicatat oleh
Mohd Noor Idham Bin Musa
at
Ahad, 11 Oktober 2009
Isnin
12 Oktober 2009
08.42 a.m.
-Cinta Pertama-
Cinta Pertama.....cinta yang mana manusia sentiasa agungkan...
Cinta Pertama.....cinta yang mana buat manusia gembira....
Cinta Pertama.....cinta yang mana buat manusia kecewa....
Cinta Pertama.....cinta yang mana buat manusia alpa.....
Cinta Pertama ......cinta yang buat manusia leka...
Cinta Pertama......cinta yang buat manusia buta.....
Cinta Pertama....cinta yang punya pelbagai persepsi pandangan manusia....
Tapi.....Cinta Pertama Ini Lain....Lain daripada Yang Lain....
Cinta Pertama.....cinta yang kekal abadi....
Cinta Pertama.....cinta yang sejati....
Cinta Pertama.....cinta yang istimewa....
Cinta Pertama......kau mampu menggoncangkan dunia....
Cinta Pertama.....kau tetap yang utama....
Namun Cinta Pertama yang sejati...
Tetap padamu Ya Tuhanku....
ALLAH s.w.t
Dicatat oleh
Mohd Noor Idham Bin Musa
at
Isnin
12 Oktober 2009
08.37 a.m.
-Kehidupanku…Seorang Pengembara-
Aku…
Siapa Aku?...
Aku…
Seorang Pengembara...
Pengembara Yang Sentiasa Mencari...
Cari Dan Terus Mencari...
Cari...Sesuatu Yang Baru...
Baru Dalam Kehidupannya...
Sesuatu...Yang Mampu Merubah Segalanya...
Merubah...Dan Terus Merubah...
Kehidupan Baru Seorang Pengembara...
Setiap Yang Dilalui...
Pasti Memberi Seribu Pengertian...
Pengertian Yang Tidak Mampu Diungkapkan..
Hanya Mampu Dihuraikan Hanya Olehnya...
Yang Mana Mampu Hanya Difahami Olehnya...
Apa Yang Pasti Dia Hanya Akan Terus Mengembara…
Mengembara....Dan Terus Mengembara...
Di Setiap Pelosok Dunia...
Mencari...Dan Terus Mencari Sinar Baru..
Sinar Yang Azali...Sinar Yang Sejati...
Hanya Itu Yang Mampu Dilakukannya...
Dan Yang Pasti…
Itulah Perjalanan…
Perjalanan Seorang Pengembara…
Dicatat oleh
Mohd Noor Idham Bin Musa
at
Ahad
11 Oktober 2009
11.52 p.m.
-Jika Aku....Sebatang Pokok-
"Di kaki langit, sang pohon bertarung dengan sang ribut yang semberono...sang angin mencabarnya, tetapi menghilang sekelip mata, putus asa sebab bertembung dengan keutuhan dan ketinggian sang pohon...pokok itu kekal berdiri, seraya matahari terbenam ke bumi...malam dan siang silih berganti, tiada apa yang dapat menewaskan pokok ini"
Kalaulah aku boleh jadi seperti pokok...punye keutuhan yang mantap...walau dicabar dengan penuh dugaan..ia tetap utuh di tempatnya...adakah aku mampu seteguh pohon tersebut?...mampu menghadapi badai dan dugaan dengan sebaik mungkin..tanpa tidak tergoyah sedikit pon...namun aku hanya manusia biasa..punya kelemahan...tapi aku tidak akan membiarkan kelemahan tersebut menjadikan aku goyah sehingga mampu di perkotak-katikkan sesuka hati...aku harus seteguh pokok...walau di tiup badai ia tetap di tempatnya..tetap sampai bila-bila...dan tidak akan sesekali berubah kedudukannya...
Dicatat oleh
Mohd Noor Idham Bin Musa
at
Ahad11 Oktober 2009
05.24 p.m.-Bidalan Melayu Klasik-
"Benih yang baik jika jatuh ke laut akan menjadi pulau"
Sungguh simbolik bidalan ini...bila kuamati ku dapati ada maksud tersirat di sebalik bidalan tersebut...tapi apa kaitannya dengan proses penempatan batch OUM?...mmm terlalu banyak yang boleh dikaitkan..
Posting....istilah yang amat digeruni oleh batch aku sekarang...dengar sahaja semua memikir...fikir dan terus berfikir...banyak persoalan timbul apabila disebut berkaitan dengan posting...
Kat mana la aku dipostingkan?Macam mana la tempat yang aku bakal dipostingkan? Ok ke tak? Kemudahan macam mane?...ok ke tak?Pedalaman sangat ke?Naik sampan ke?Redah sungai ke?Panjat bukit ker?Panjat gunung ker?Ahhh....sungguh banyak persoalan yang timbul....huhuhu
Kalau hendak difikirkan semua ini..aku rasa makan pun tidak lalu..mandi tak basah..tidur tak lena...dah macam orang bercinta...tapi bile difikirkan dengan rasionalnya...itu semua memang perlu kuhadapi..kerana aku sudah bersedia untuk menghadapi situasi tersebut...walau dimanaku berada kutetap perlu berjuang...walau ada rintangan dan halangan...semua itu kujadikan semangat...semangat untuk berjuang dan berjihad...berjihad untuk memikul tugas yang sudah tergalas dibahuku...semoga aku menjadi seorang guru biasa yang mampu melahirkan pelajar yang luar biasa...
Bersesuaian dengan bidalan di atas...walau dimana ku akan dipostingkan...aku tetap akan meneruskan perjuanganku...melaksanakan amanah yang dipertanggungjwabkan kepadaku...kerana dipenghujungnya nanti akan membuahkan hasil yang akan kekal di dunia dan di akhirat...Amin
Dicatat oleh
Mohd Noor Idham Bin Musa
at
Sabtu, 10 Oktober 2009
Sabtu
10 Oktober 2009
20.36 p.m.
- Perjalananku...Destinasiku -
" Perjalananmu jauh tetapi itulah yang dituntut oleh Mu...Demi mengejar sinar di hujung destinasi "
Sungguh indah ayat di atas...mataku terus tertancap padanya...entah kenapa?...pasti ada maksud yang perlu ku rungkaikan...apabila terkenangkan bahawa aku tidak lama lagi akan menempuh alam baru dalam kehidupanku...alam baru yang aku tidak tahu bagaimana ranjaunya...perjalanan baru ini merupakan satu tuntutan yang perlu aku tempuhi..seakan senada dengan ayat di atas...ahhh bagaimanakah perjalananku itu nanti?...persoalan itu semakin bermain di ruang kotak pemikiranku ini...
Namun, apabila tertancap baris kedua ayat diatas aku terpana seketika...perjalanan yang bakal ku tempuh ini juga sebenarnya mempunyai sinar baru di hadapannya...terjawab sudah persoalan yang bermain di fikiranku sebentar tadi...cuma persoalannya adakah aku sudah bersedia untuk kehidupan itu..
Adakah aku bersedia?...aku terdiam seketika..tatkala aku semakin kusut dengan persoalan ini..aku teringat akan pesanan ustaz ku dahulu yang pernah menyatakan bahawa setiap langkah baru yang kita lakukan dalam memulakan perjalanan baru adalah satu "JIHAD"...maka mulakan kehidupan itu dengan perjalanan yang akan membawa satu perubahan yang baik bertunjangkan niat yang baik semoga ia akan membawa kita ke destinasi yang baik...
Renungkanlah
p/s : kepada rakan2 ku batch OUM...ayuh jangan gentar!!!!
Dicatat oleh
Mohd Noor Idham Bin Musa
at
Sabtu
10 Oktober 2009
18.52 p.m.
Kerana cinta duri menjadi mawar
kerana cinta cuka menjelma anggur segar
Kerana cinta keuntungan menjadi mahkota penawar
Kerana cinta kemalangan menjelma keberuntungan
Kerana cinta rumah penjara tampak bagaikan kedai mawar
Kerana cinta tompokan debu kelihatan seperti taman
Kerana cinta api yang berkobar-kobar jadi cahaya yang menyenangkan
Kerana cinta syaitan berubah menjadi bidadari
Kerana cinta batu yang keras menjadi lembut bagaikan mentega
Kerana cinta duka menjadi riang gembira
Kerana cinta hantu berubah menjadi malaikat
Kerana cinta singa tak menakutkan seperti tikus
Kerana cinta sakit jadi sihat
Kerana cinta amarah berubah menjadi keramah-ramahan
Dicatat oleh
Mohd Noor Idham Bin Musa
at
Sabtu
10 Oktober 2009
18.29 p.m.
Dicatat oleh
Mohd Noor Idham Bin Musa
at
Jumaat, 9 Oktober 2009
Dicatat oleh
Mohd Noor Idham Bin Musa
at
Sabtu
10 Oktober 2009
11.50 a.m.
Aku Akan Merindui Kalian
Tangisan sahabat buat sahabat,
Bukan boleh dibuat-buat,
Tidak bisa disekat-sekat,
Kerana tangisan seorang sahabat,
Mengandungi pelbagai peristiwa yang tersirat,
Wujudnya pertalian menjadi pengikat,
Pertalian yang tidak boleh dikerat-kerat,
Di dalam hati ia tersemat,
Hasil ciptaan Yang Maha Hebat,
Dikala panas ataupun hujan lebat,
Sahabatlah tempat kita bertempat,
Sahabatlah tempat kita berehat,
Sahabat jualah tempat kita meminta pendapat,
Kerana pertalian sahabat dengan sahabat,
Amatlah rapat, terlalu dekat,
Allah mengikat hati para sahabat,
Cukup kemas, cukup erat,
Terciptalah pertalian yang maha keramat,
Bersih, suci dan juga berkat,
Saling tegur dan nasihat,
Bekerjasama juga muafakat,
Tanpa kenal lelah dan penat,
Menjalin pertalian hingga ke akhirat,
Manakan Hang Jebat mengamuk hebat,
Setelah Tuah dituduh khianat,
Kerana bagi Hang Jebat,
Tuahlah sahabat dunia dan akhirat.......
Dicatat oleh
Mohd Noor Idham Bin Musa
at
Sabtu
10 Oktober 2009
08.56 a.m.
Sepintas Lalu Kenangan Di MPIP@IPIP@IPGM IPOH
Kalau di tanya batch mana yang pernah berada dalam 3 zaman yang berbeza dalam institut ini tentulah adalah "first batch" dgree iaitu batch aku...merungkai sejarah lalu...batch aku merupakan projek rintis yang dijalankan oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menghasilkan guru siswazah di sekolah rendah bagi mencapai objektif KPM untuk memastikan pada 2010 semua guru di sekolah rendah diseluruh Malaysia adalah guru berijazah sarjana muda...
So0..di bawah akanku coretkan serba sedikit tentang apa yang berlaku dalam 3 era tersebut :
- Era Maktab Perguruan Ipoh Perak -
Mmm pada era ini tempat yang aku study masih bergelar "maktab"...Dalam era tersebut maktab amat popular dikalangan individu yang ingin terjun dalam bidang keguruan ini...sebuat sahaja maktab orang akan kata "o0ooo jadi cikgu la ye"...semasa di awal pendaftaran ku di tempat tersebut...aku merasakan seperti berada di sekolah semula...aku ingat bile dah habis sekolah x kan masuk sekolah dah...huhuhuu..
Pertama kali menjejakkan kaki di MPIP aku dapati suasananya biasa sahaja...tiada apa yang menarik...pada era itu seniorku di MPIP adalah batch KDPM yang terakhir...seminggu aku di orentasi...dan selepas baru aku mendapat gambaran sebenar pembelajaran di sini..
- Sejarah MPIP -
(ikut persepsi aku sendiri)
* kemudahan di tahap biasa
* kelas seperti kelas sekolah
* kemudahan asrama sebijik mcm asrama sekolh
* asrama junior tidak sama ngn senior..diasingkan
* pensyarah sedikit...tapi boleh je ajar kitaorang sampai abis sukatan pelajaran
* tiada kemudahan wireless
* tiada LCD just guna projektor biasa mcm kat sekolah kat makmal sains
- Era Institut Perguruan Ipoh Perak -
Untuk era ini...sebenarnya tiada apa yang menarik..just tukar istilah "maktab" kepada "institut"...alasannya untuk naik taraf maktab kerana maktab sudah ada student berijazah...pada zaman ini agak berterabur sistem pentadbiran n pengurusannya...ini adalah disebabkab penaikan taraf IP Ipoh...namun semua itu tidak menghalang aku untuk meneruskan pengajianku di sini...dan bukan alasanku untuk turut sama "berterabur" hahaha..
- Sejarah IPIP -
(ikut persepsi aku sendiri)
* kemudahan di tahap biasa berubah kepada tahap baik
* kuliah still seperti kelas sekolah
* kemudahan asrama dah up sikit kemudahannya
* asrama junior dah campur dengan senior..baru la muhibbah sikit
* pensyarah semakin ramai...ok la
* tiada kemudahan wireless
* sudah ada LCD tapi penggunaan terhad
p/s : ok la de jugak perubahan...
- Era Institut Pendidikan Guru Malaysia -
Wah..era ini memang banyak perubahan..dan sampai sekarang still de perubahan yang berterusan...mmm apa yang boleh aku katakan era ini adalah zaman "Pra Kegemilangan" bagi tempat aku blaja ni..banyak perubahan yang positif yang berlaku...walaupon org lain kate xde perubahan...tp bagi aku yang dah lalui 2 era lain sebelum ini...tentulah banyak perubahan yang aku lalui...di sini aku senaraikan perubahan yang ketara yang aku dapati pada era IPGM ini...
- Sejarah IPGM -
(ikut persepsi aku sendiri)
* kemudahan di tahap yang lebih memuaskan
* kuliah lebih bersistematik
* Asrama di upgrade jd kolej kediaman
* pensyarah terlalu ramai...
* Kemudahan wireless sudah ada..siap wireless satu kampus lg
* Penggunaan LCD semakin luas..setiap kelas untuk kuliah sudah ada LCD...
p/s : Alhamdulilah
So0o...secara konklusinya...banyak perubahan yang aku lalui semasa aku menjalani pengajian di sini...dari era MPIP ke era IPIP sehinggalah era IPGM Kampus Ipoh..alhamdulilah aku rasa sangat beruntung sebab aku dapat merasakan era perubahan itu..pengalaman yang mungkin akan aku jadikan pengalaman yang terindah dalam hidup..
p/s : Kepada juni0r2 ku yang merungut pasal IPGM Kampus IPoh..cube la renung2kan coretanku ini...
Dicatat oleh
Mohd Noor Idham Bin Musa
at
Jumaat
09 Oktober 2009
23.18 p.m.
Menghitung Hari
Alhamdulillah...akhirnya setelah menempuh perjalanan selama 5 1/2 tahun ini...aku semakin hampir ke penghujungnya...InsyaAllah aku akan menamatkan pengajianku dalam Ijazah Sarjana Muda Keguruan (B.ed)PE...semuanya akan berakhir hujung bulan November ini...
Perjalananku sebagai seorang pelajar akan berakhir jua...perjalanan yang penuh suka duka ini aku berjaya tempuh dengan sebaik mungkin...banyak pengalaman yang berharga yang tidak akan kulupa..xkan sesekali aku lupakan...
Namun,pengakhirannya tidak berakhir di sini sahaja...Pengembaraan baru bermula...selepas ini aku akan menjalani kehidupan sebagai seorang pendidik...setelah bergelumang dengan kehidupan sebagai seorang pelajar akhirnya aku sendiri berpeluang menjadi salah seorang tenaga pengajar yang bergelar seorang guru...
Jiwaku semakin tertanya-tanya..adakah aku sudah bersedia menempuh kehidupan yang baru ini...adakah aku sudah bersedia bergelar seorang pendidik?..adakah aku bersedia memikul tanggung jawab yang dgalaskan dibahuku?...dan adakah aku mampu menjadi seorang guru biasa yang mampu lahirkan pelajar yang luar biasa?
Semua persoalan mula timbul di benakku...semakin hari semakin terlalu kerap...sehingga menimbulkan kegusaran yang teramat di seluruh pelusuk jiwaku..
Apa yang pasti tanggal 01 Disember 2009 akan merungkai segala persoalan yang bermain difikiranku ini...semoga ianya akan bermula dengan permualaan yang baik...
Amin
Dicatat oleh
Mohd Noor Idham Bin Musa
at
Jumaat 09 Oktober 2009
6.00 p.m.
Assalamualaikum
Setuntas Kata Pembuka Bicara